Kiub Pati Ayam Sebagai Bahan Perencah Serbaguna

Posted on August 18, 2021Comments Off on Kiub Pati Ayam Sebagai Bahan Perencah Serbaguna

Dapur anda tidak lengkap jika anda tidak memiliki beberapa stok kiub pati ayam MAGGI® yang kaya dengan kegunaan yang lazat. Menyediakan masakan tanpa banyak bahan menjadi mudah jika anda sentiasa ada ramuan rahsia ini.

Ketahui tiga juadah yang boleh dihidang dengan kelazatan berganda bersama kiub pati ayam ini sekarang.

Maggi MY

Nasi goreng

Memang senang untuk kita siapkan sepinggan nasi goreng yang sempoi. Hanya dengan beberapa bahan seperti bawang putih, telur, garam, lada, dan nasi lebihan yang ada, anda boleh dapat sepinggan nasi goreng yang mudah.

Tapi kalau anda mahu kelazatan yang lebih, tambahkan sahaja kiub pati ayam ini sekali dengan campuran nasi goreng. Tak perlu lagi perasa tambahan atau garam yang berlebihan kerana satu kiub ini sahaja sudah cukup untuk menambah rasa pada jumlah nasi goreng yang banyak.

Sup segera

Apabila kita mahu menjamu juadah nasi panas, mungkin tidak lengkap jika tiada sesuatu yang berkuah untuk dihirup. Lauk berkuah seperti aneka sup atau tom yam dapat menjadi pelengkap lauk yang sempurna agar lauk nasi anda tidak terlalu kering.

Jika anda tiada lauk berkuah, buat sahaja sup segera yang mudah hanya dengan kiub pati ayam ini. Didihkan beberapa cawan air dan letakkan satu kiub ayam ini beserta daun bawang yang dihiris halus ke dalamnya. Jika anda mahukan hawa-hawa pedas, tambahkan sedikit serbuk lada putih dan garam secukup rasa. 

Hanya dengan beberapa bahan ringkas, anda dapat siapkan sup segera lengkap dengan rasa umami enak daripada kiub pati ayam ini.

Brown sauce

Hujung minggu sudah tiba, dan anda mahu menghidang makanan a la Barat di rumah untuk makan malam yang istimewa. Anda mempunyai bebola daging beku yang boleh dibakar dengan mudah, tetapi tiada bahan untuk membuat brown sauce sebagai pelengkap bebola daging itu.

Dengan kiub pati ayam ini, anda boleh membuat brown sauce atau kuah perang yang penuh dengan keenakan rasa ayam sebenar. Larutkan kiub ayam ini ke dalam air panas sebagai bahan kuah dan asingkannya sementara. 

Di dalam periuk, tumis beberapa sudu tepung bersama mentega. Warna tumisan tepung yang digelar roux ini akan menentukan warna dan rasa sos anda – lebih gelap warnanya, lebih peranglah kuah anda nanti. Letakkan larutan kiub pati ayam tadi ke dalam campuran tepung dan masak sehingga pekat. Anda boleh gunakan kuah ini untuk juadah seperti bebola daging, kentang putar, dan macam-macam lagi. 

Apa tunggu lagi? Pastikan kiub pati ayam MAGGI® ini sentiasa ada di dapur anda. Untuk maklumat lanjut, layari sahaja https://www.maggi.my/ms/produk-kami/kiub-pati-ayam-maggi/ hari ini. 

Comments Off on Kiub Pati Ayam Sebagai Bahan Perencah Serbaguna